BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 6, 2026

Memoirs of 2025

     Salam, geng. Aku post ni tahun Januari 2026. After 2 years time skip dekat blog ni, macam-macam benda dah berlaku. Hahaha. So, aku dah tahun kedua dalam 30 sen series. So far, life is great. Memang tak semuanya manis-manis belaka. Tapi, yang tak manis tulah yang mengajar aku jadi lebih matang. Memang kadang-kadang aku pun rasa aku a bit childish tapi tulah manusia. Aku tak sempurna. Ecewahh.

    Between tahun 2023 sampai 2025, aku dah tukar pekerjaan. Ya, masih lagi dalam sektor yang sama. Tapi bidang dah ke laut. Hahaha. Tapi takpe. Bagi aku, cari je rezeki kat mana-mana asalkan halal. Tak glamour pun takpe. Tahun 2026 ni aku nak tenang-tenang je. Salah satu wishlist aku adalah aku nak pergi travel ke luar negara. Kalau dapat rezeki pergi travel tahun ni, kau memang mantap, Ten! Kalau boleh, aku nak pergi umrah juga tahun 2026 ni. Mana tahu, rezeki tiba-tiba kan?

    Posting kali ni aku nak recap moment yang aku rasa best moment of the year from 2023 to 2025. By the way, phone yang aku pakai dari tahun 2021 sampai September 2025 dah mati. Maybe kena air laut kot. Dah berkarat kat dalam tu, so that's why. Habis dah data-data dalam tu. Okay, jom kita start.

Tahun 2023:

    
Okay, so kat atas ni family belah mak aku. Ramai jugak sebab sepupu aku ramai. Time ni semua balik Perak. Tema Raya tahun 2023: Hitam (My favorite color!) Pakai hitam time panas-panas, kau taulah bahang dia macam mana kan. Tapi raya is raya. Panas tu letak tepi dulu.

    
    Then, raya ke-3 kitorang pi Cameron. Itu adalah first time dan mungkin akan jadi last kitorang naik Cameron waktu raya. Jem nak mampuiii. Nak rasa menyesal dah terlambat kan. So, kitorang enjoy jelah. Dan paling tak boleh blah, aku demam teruk sampai muntah-muntah. Makan sikit, muntah. 3 hari dok Cameron, 3 hari tu jugaklah demam. So, tak boleh nak pergi mana-mana. Family aku masa tu hampir semua kena demam. Semuanya sebab anak fruit aku, si Adam. Haih... geleng kepala gue. Balik Cameron saje singgah kat Sheep Sanctuary. Gambar kat atas ni kawan baru aku, si Alpaka ...ke Ilama? Entah, apa-apa jelah.


    Pastu tahun 2023 jugak aku berpeluang jumpa pelawat dari luar negara yang datang ke Malaysia untuk tengok pasal sistem bekalan air luar bandar kita macam mana. Bawak depa ni datang sungai, macam tak pernah tengok sungai hahaha. Esoknya, kitorang bawak depa ni gi melawat kampung orang asli. Meman cantik tempat dia. Dalam gambar ni tak nampak sangat, tapi kalau kau tengok depan-depan... Masha-Allah memang cantik tempat dia. Then sorang ni minta salah seorang penduduk kat situ panjat pokok ambik buah apa aku tak ingat. Happy betul dia dapat buah tu.


    Oh ya. Tahun ni aku dapat pergi Comic Fiesta! Tapi mungkin sebab faktor usia, aku dah tak boleh nak berjalan dalam ramai-ramai gitu. Rasa sesak nafas dan nak pitam. Padahal masa aku pergi dulu elok je 😭 Nasib baik adik aku ada. Sudahnya dia yang jaga aku. Thanks, bro! Then, aku terjumpa degan cosplayer yang aku nak tangkap gambar sama-sama. Tapi, aku sempat ambik video je. Tak larat nak kejar sebab nak pitam punya pasal. Dahlah balik naik LRT!! Taknak drive sebab tahu KL jammed hari minggu. Tak larat aku.

Tahun 2024:


    Tahun ni aku barai sikit sebab kerja aku dah start kena banyak keluar. Tapi, aku enjoy dengan kerja aku sebab aku berpeluang pergi ke negeri yang aku tak pernah pergi lagi iaitu SARAWAK! Ni first time aku pergi ke Kuching tapi atas urusan kerjalah. Tak dapat nak enjoy sangat. Sebelum ke Kuching, bos aku dah pesan bawak kasut yang seselesa mungkin sebab kita banyak berjalan nanti. Aku pun bawaklah kasut aku yang aku rasa selesa. Nohh... tercabut tapak weii. Nasib baik dah last-last baru tercabut. Tak koserr sis nak pergi kedai beli baru. Takde masa.


    Kita kan baru first time jejakkan kaki kat Sarawak kan, aku pun noob gila tak bawak cash bila berjalan tempat orang. So, bila pergi makan kat warung-warung kat sana, tak semua tempat ada QR. Kitonyo cashless. Ah sudah nak gi cari ATM pulak. Nasib baik ada kakak-kakak yang bawak cash so kita ganti balik pakai transfer je hahaha. Pengajaran kat sini, selalulah bawak cash kat dalam purse kau sebab tak semua tempat kita boleh bayar QR ya. Kembangkan sedikit minda tu, Faten 😂 First time jugak aku dapat merasa naik perauk (perahu) merentas Sungai Sarawak. Baru aku tahu, perkhidmatan ni dah ada sejak zaman Brooke dan merupakan pengangkutan penting bagi penduduk tempatan ketika itu. Uuu... tapi lepas ada Jambatan Darul Hana, ramai yang jalan kaki je pergi seberang. Tapi aku nak naik jugak perauk tu. Bila lagi nak merasa kan? Aku mesej adik aku tak nampak pulak Bujang Senang kat sungai ni. Dia reply 😒 je.


    Raya tahun 2024, opah aku meninggalkan kami semua. Opah meninggal masa hari raya pertama. Opah meninggal sebab dia ada kanser usus kalau tak silap. Memang tiap-tiap kali aku balik kampung, opah nampak kurus sangat. Opah asyik tidur je sebab yelah dah tak larat kan. Rasa macam tak percaya je opah dah tak ada. Selalunya opah akan riuh sekampung kalau hari raya. Clique opah akan datang berkunjung ke rumah dan sembang-sembang sesama diorang. Raya tahun tu memang rasa berbeza betul. Atuk asyik nangis je. First time aku tengok atuk menangis macam tu sebab selalunya dia nonchalant je. So raya tahun tu tak best. Sunyi. Hambar. Aku rindu opah.


    Hidup perlu diteruskan. Gambar ni sweet sebab orang-orang kat dalam ni ramai yang dah bertukar keluar ke tempat lain termasuklah aku. Kerja dengan unit yang aku bekerja ni memang best. Bos sporting, ramai tak kedekut ilmu, aku boleh belajar banyak benda. Tapi, masih lagi aku rasa tak cukup lagi menimba ilmu kat sini. Sebab lagi banyak aku tahu, lagi banyak yang aku tak tahu sebenarnya. So, tabik hormat kepada yang dah lama berkhidmat. Semoga kalian akan lebih maju dengan jayanya.


    Tahun ni pun first time aku pergi Pulau Perhentian. Tapi dengan adik aku jelah. Memang cantik view dia. Air laut biru dengan jernih. Kitorang pergi snorkeling. Disebabkan aku tak pandai berenang dan cepat panik, aku duduk jelah dalam bot tu. Adik aku je yang gi snorkeling tengok penyu, baby shark, menyelam. Aku? Hmmm.... Tengok pemandangan jelah. Pastu sampai kat pantai, kitorang bermandi-manda. Kitorang pergi untuk satu hari je tau. Bayangkan pagi gerak ke pulau, balik pukul 6 tu sampai kat jeti. Pastu naik bas sampai ke Shah Alam! Sampai rumah pukul 5 pagi. Dengan keropok ikannya dalam plastik besar dah macam orang nak pergi menjual. Lepas tu, kulit aku sunburn. Nampaklah tan tu hahahaha. Seronok sangat kan.


    Tragedi tahun 2024 yang aku tak boleh lupa. Anak buah aku, Aisyah, accident dekat escalator. Kaki dia masuk kat escalator mat!! Kau boleh bayang tak betapa paniknya kiotrang kat situ. Aku dah macam histeria menjerit-jerit suruh guard stopkan escalator. Yang guard tu pun panik tapi blur nak buat apa. Nasib baik ada seorang lelaki ni dia tekan button stop tu. Aku dah seluk kat escalator tu nak tarik kaki anak buah aku sambil-sambil rasa ada lagi ke tak kakinya. Fuh... nasib baik ada lagi. Tapi tak habis kat situ. Kaki dia stuck tak boleh keluar. Mak dia awal dah panggil bomba. Memang berkerumun orang-orang kat situ tengok dah macam buat persembahan you know?? Nasib baik tak viral. Or is it? Anyway, Aisyah hospitalized nak dekat sebulan. Tulang kaki dia patah sikit. Yang teruk kulit dia habis koyak. Dia sorang je budak 2 tahun kat wad ortopedik tu. Dengan dia suka bercakap, keletah dia, hingaq dengan suara dia je kat bilik wad tu. Tapi lepas kejadian tu, kitorang yang terlibat memang trauma nak pergi mall tu dan takut nak naik escalator. Jadi, untuk pengajaran semua dan aku jugak, jangan pakai kasut getah kalau pergi mall atau naik escalator. Kalau kena pakai juga, hati-hati jangan ketepi sangat. Berdiri kat tengah-tengah escalator dan fokus.


    Tahun ni jugak aku attend dinner bertema. Tema Bollywood okayy! Tak pernah-pernah aku terbayang aku akan pakai lehenga seumur hidup aku. Memang best dinner tu tapi aku agak penat sebab kitorang adalah team tuan rumah. Jadi, persiapan majlis apa semua tu dekat kitorang. Sebelum dinner, team kami pergi cari lehenga untuk disewa. Kebanyakan saiz aku tak muat sebab pinggang kain tu lebar. Kena letak banyak pin. Berat rupanya lehenga ni ya. Sakit pinggang aku. Mungkin aku yang salah pakai kot. Tapi aku memang salute dekat Indians atau anyone yang boleh pakai lehenga seharian. Korang memang kuat. So haritu aku perasan macam princess sekejap 😝


    Tahun ni juga aku dapat kerja lain. So, aku kena unlearn, learn and relearn balik semua benda-benda baru dekat tempat baru. Hari last aku, kitorang pergi makan-makan jap dekat Sabak Bernam. Jauh kan? Hahaha. Tapi for the last time bersama dengan pegawai-pegawai yang dah banyak tunjuk ajar dekat aku. Ilmu diorang bukan biasa-biasa tau. Apa je soalan dari anak-anak buah, dari bos, diorang dapat jawab dengan betul dan tenang. Bagi aku, itu kira power jugaklah. Actually, banyak je lagi yang aku nampak diorang ni power, ytjt.

Tahun 2025:


    Tahun ni aku dah start kerja kat tempat lain dah. Mula-mula memang terkejut habis sebab lain environment. Aku belajar benda-benda baru. Tak boleh nak tangkap cepat sangat kali ni sebab terlalu banyak nak hadam. Tapi, knowing me, aku harung je. Buat try and error. Lama-lama akan faham. Tu cara akulah. Memang bahaya, tapi kena tahulah risikonya dulu. Gambar kat atas ni time raya 2025. Raya kali ni rasa tak best sebab sunyi sangat. Sunyi sebab suara opah yang selalu hingaq kat dapur dah tak ada. Lain suasana berbanding dengan tahun-tahun sebelum ni. Tapi atuk ada lagi. Kitorang raya je dengan atuk, pergi rumah saudara mara, makan-makan, pergi berjalan, tangkap-tangkap gambar dan sebagainyalah.


    You know what? An airplane taking off never fails to amaze me. Time ni kitorang pergi Langkawi lagi. Dah jadi tempat favorite untuk self healing. Kejap-kejap pergi Langkawi. Time aku tulis ni, adik aku ajak aku pi Langkawi lagi. Self healing lagi katanya 😂😂 Masa kitorang pergi lepak kat Datai kan, kitorang tengah tangkap-tangkap gambar. Pastu ada mat saleh ni offer nak tangkapkan gambar kitorang sebab nampaklah kitorang struggle kat situ. Lepas tangkap gambar, mat saleh ni tanya kitorang kenapa pakai tudung? Kan lebih bagus kalau buka je tudung tu. Adik aku masa ni dah masam dah muka dia. Aku senyum je pastu aku balas, agama kami menyuruh kami yang wanita untuk tutup kepala. Pastu dia geleng-geleng kepala dan kata dia tak suka. Aku senyum pastu cakap terima kasih pastu blah. Dalam hati dah panas dah. Kalau orang tu dah kata tak suka, kita tak perlu nak terangkan lebih-lebih. Dia tak nak dengar pun.


    Lepas opah aku pergi. Atuk aku (belah ayah) pula yang pergi meninggalkan kami semua. Aku rasa macam tak percaya pun ada. Kenapa ramai sangat orang yang meninggal lately ni? Aku sedih juga sebab dulu aku memang rapat dengan atuk. Dah lama tak jumpa atuk, tau-tau je dah takde. Atuk meninggal sebab Hipoglisemia. Dia pergi pun dengan mudah. Alhamdulillah, segala urusan pengebumian atuk pun senang, cuaca pun cantik je. Ramai yang datang solatkan atuk. Ramai yang sayangkan atuk. Selamat tinggal, opah. Selamat tinggal, atuk. Semoga roh atuk dan opah dicucuri rahmat. Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka.

    Tahun 2025 banyak yang aku belajar. Aku kutip dari pengalaman, kesilapan dan lepas tu aku baiki diri sendiri. Sebenarnya, banyak lagi benda yang aku tak tahu. Insya Allah, untuk tahun ni (2026) dan tahun-tahun yang akan mendatang, aku akan cuba jadi diri aku dalam versi yang lebih baik. Aku harap tahun 2026 ni, Allah permudahkan rezeki aku, urusan aku dan diberi kesihatan yang baik. Untuk korang dan juga aku, stay young, healthy, happy and gorgeous everyone! Happy New Year 2026!!



-Tamat post-

Wednesday, December 13, 2023

Today: 14/12/2023

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

    Salam. Dah lama tak update sini. I mean, ada ke orang yang akan baca blog bodoww bodoww ni? Hahaha. Anyway, just an update after almost 10 years, aku dah masuk umur 30 sen. Sakit-sakit badan, rambut ada uban, spend time most at home on weekend, appreciating alone time tu semua adalah tanda-tanda aku makin berusia guys 😝 Tapi, apa-apa hal pun, aku bersyukur sebab masih diberikan peluang untuk bangun melihat dunia lagi hari ni. Walaupun hidup aku hari-hari ni orang tengok macam biasa-biasa dan boring, dan ada hari-hari yang agak palat bagi aku, tapi aku enjoy sebenarnya. Sekali-sekala aku akan cabar juga diri aku buat something yang out of the ordinary. Orang kata, kebahagiaan tu kita yang cipta sendiri. Orang yang kata bukan aku.

    Bila aku tengok balik post-post aku yang lepas, Masya Allah. Banyaknya yang cringe. Apa je dohh yang aku fikir masa tu? Tapi, ada sesetengah post yang aku rasa memang nostalgia betul. Sampai aku rasa macam menyesal pulak tak sambung tulis blog masa muda-muda dulu. Hahaha. Bukan nak orang baca sangat pun, just untuk simpan kenangan-kenangan dan benda-benda yang terjadi je dalam hidup. Ataupun tips-tips yang berguna. Maybe lepas update post ni kot jadi lagi rajin. Entahlah.

    Oh by the way, aku sekarang tengah sambung belajar PJJ kat UiTM. Sementara tengah single mingle ni, aku sambung jelah terus sebab daripada aku buang masa tengok movie hujung-hujung minggu baik aku buat something yang berguna. Lagipun, dapat restu dari mama ayah. Mula-mula nak sambung depa tak bagi. Tapi mungkin diorang tengok aku macam takde hala tuju, tu yang diorang rasa baik aku ni pi sambung belajar. Betul jugak. Okay je so far aku rasa sambung belajar ni. Tapi kena kental juga. Sekarang baru aku faham kenapa orang cakap nak ambil PJJ perlukan semangat yang kuat. Tak semua orang boleh habiskan PJJ ni sebab masing-masing ada komitmen dan tanggungjawab sendiri. Contoh, kalau kerja sebagai anggota polis, mungkin agak susah sebab masa bekerja seorang anggota polis kadang-kadang tak menentu. Betulkan aku kalau salah, ya. Ada juga anggota polis yang dah berjaya grad. Itu semua atas usaha dan rezeki masing-masing. Untuk aku pulak, aku cuma boleh kuatkan semangat dan pulun habis-habisan untuk aku grad demi dapatkan segulung sijil tu. Tengoklah perjuangan aku macam mana kali ni.

    Aku rasa tu je kot untuk entri kali ni. Tak tau bila nak update lagi blog ni lepas dah 10 tahun terbiar. So far selain dari post entri, aku ada update gambar jugak. Gambar kat Kuantan jugak tu hahaha. Memang kalau gambar kat pantai je mesti Kuantan. Atau belah-belah pantai timur sana. Okay tu je. Jumpa lagi. Salam.

Saturday, June 4, 2016

Sambungan entri "Mengimbas kembali 2014"

Assalamualaikum. Haa.. Cepatkan entri kali ni? Excited u olls nak tulis. Hehehe... Seperti yang dijanjikan, aku akan cerita daripada sambungan entri yang lepas. Kali ni, aku nak cerita pasal jurusan ataupun course yang aku ambik kat kolej aku. Course yang aku ambik adalah Diploma in Environmental Health ataupun dalam Bahasa Melayunya Diploma Kesihatan Persekitaran. Aku pilih course ni sebab aku tak nak kerja kat dalam hospital sebab aku memang tak tahan bau ubat. Semua course kat situ time tu semua dalam hospital punya course. Yelah.. Dah nama pun kolej perubatan. Staf kat situ pun rekomen aku masuk course yang lagi okey dengan aku compare dengan course yang aku nak amik ni. Hmm.. memang aku tak nak. Memang time tu aku buat degil aku. Hahaha. Kesian mama.

Actually, mula-mula aku fikir course ni yang paling senang untuk aku. And memandangkan mama sendiri yang bagi pendapat and suggest aku amik course ni sebab bidang ni luas. So, senang nak dapat kerjalah kan. Sem 1 memanglah nampak senang. Tapi, bab menghafal nama-nama segala jenis bakteria, virus, fungi, algae dan sebagainya memang agak payah bagi aku yang susah sangat nak menghafal ni. Tapi, dengan izin Allah, aku lepas untuk sem 1 dan sem-sem yang seterusnya. Subjek yang agak susah untuk aku ialah subjek Fizik. Walaupun just basic je, tapi nak jawab segala soalan dia macam.... Fuhh! Berpeluh. And aku dapat markah rendah untuk subjek tu.

Course Environmental Health ni memang sesuai untuk budak-budak yang amik pure science time sekolah menengah. Memang agak senang time mula-mula belajar, tapi masuk sem 3 dan seterusnya jadi makin mencabar. And korang kena ada skil Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Dah tak boleh main-main dah time kat kolej ni. Kita kena berfikir secara matang. How to solve the problem using your own creativity. Course Environmental Health ni kalau keluar kolej memang banyak ke arah Inspektor Kesihatan (IK). IK ni peranan dia penting dan besar jugak. Sebab IK adalah barisan paling depan untuk elak public dari dapat sakit dan sebagainya. IK tugas dia mencegah. Orang kata, mencegah lagi baik dari merawat kan? Heheh.

Pastu nanti akan ada latihan industri dekat Majlis Perbandaran dan Pejabat-pejabat Kesihatan Daerah. Time tu, korang kena rajin turun lapangan sebab pengalaman and belajar semua dari situ. Teori yang lecturer ajar memang sikit je sama dengan latihan tu nanti. Kita cuma apply je teori tu. Haa.. Sape kata Environmemntal Health ni senang? Aku kadang-kadang menyesal gak ambik course ni. Tapi, life must go on. I can't give up. Lastly, lepas habis sem 5, maybe ada sesetengah kolej yang suruh budak-budak diploma buat tesis. TESIS bhaii! Dah macam ambik PhD rasa. Erm..

Jadi.. itu jelah kot untuk hari ni. Kalau ada apa-apa pertanyaan, sila komen dan tanya ya? Ehehe..

Mengimbas kembali 2014

Assalamualaikum, you guys. Lama tak dengar cerita dari I kan? Almost 3 years, I think? Bukan tak nak update, tapi memang malas nak update. Hmm.. sepanjang 3 tahun tak update ni, biasalah, memang macam-macam jadi. Sampaikan aku tak tau nak mula dari mana. Should I start with this one or should I start with those one?

Maybe aku patut start dari first2 aku masuk belajar untuk diploma. Aku start belajar tahun 2014. Masuk kat kolej yang aku agak boleh tahan jugaklah. IPTS of course. Actually, lepas habis STPM, aku nak ambil ijazah. Time tu, memang aku serious nak ambil ijazah. Mungkin sebab kawan-kawan aku semua dok ambil ijazah so aku pun rasa tercabar di situ. Aku apply kat salah sebuah universiti swasta yang agak ternama di KL. And berdasarkan keputusan STPM aku yang cukup-cukup makan time tu, memang dengan mudahnya aku diterima. Bukan nak berlagak, tapi aku memang rasa swasta memang senang nak terima student masuk. Aku dah happy time tu. Tapi, kita hanya mampu merancang. Disebabkan keluarga aku memang tak mampu untuk bayar yuran pendaftaran time tu, mama and ayah suruh aku masuk kolej yang sama dengan adik kedua aku. Taraf diploma. Hati aku dah down dah. I mean, aku sanggup tolak politeknik dan masuk STPM sebab nak masuk universiti and amik ijazah cepat-cepat pastu boleh kerja and tolong family. Kecewa beb!

Pastu, mama ngan ayah pujuk aku masuk kolej yang sama dengan adik aku. Oh lupa nak cakap. Aku ada gak apply IPTA. Tapi, apakan daya. Aku tak diterima pulak. Huhu. Lepas sesi pujuk-memujuk, aku pun cair jugak ngan mama and ayah. Aku nak bantah sebab ni masa depan aku. Aku dah besar. Boleh tentukan sendiri. Tu yang ada dalam fikiran aku time tu. Masuk kolej, menangis-nangis aku sebab aku tak nak. Siap call mama, cakap aku memang tak nak. Nak masuk universiti gak! Mama of course lah marah aku. Dah penat-penat bayar yuran pendaftaran, siap hantar segala bagai pastu nak quit. Pastu tiap-tiap hari aku nangis. Aku solat pun menangis, makan pun menangis, gi kelas takyah cakaplah. Masuk toilet menangis. Sampaikan aku call kawan baik aku, pun menangis-nangis gak. Time habis solat tu, aku doa sambil nangis mintak kat Allah, kalau ini jalan yang terbaik untuk aku, maka permudahkanlah, Ya Allah. Esoknya, Allah makbulkan doa aku. Aku dapat kawan, study pulak senang faham walaupun aku tukar jurusan dari business ke science. Hari tu, for the first time aku tak nangis. Aku rasa seronok. Aku doa lagi, mintak kat Allah supaya permudahkan dan aku bersyukur sangat-sangat. Allah nak aku cari DIA. Allah nak aku mengadu kat DIA. Nampak tak Allah sayang kat kita? Allahu.

Hari-hari seterusnya, aku rasa happy sebagai student. This is a life of a student. Kawan-kawan, studies, lecturers. books, notes, lappy, programs and so on. Selama ni aku baca cerita pasal student U atau kolej, rasa cam best je. And Alhamdulillah aku dapat rasa semua tu. Laughing, crying, heart broken semua tu aku dah rasa. And bagi aku, tahun 2014 tahun yang best untuk aku. Walaupun aku menangis-nangis kat mama ngan ayah sebab tak nak masuk kolej. Hahaha. Tapi, aku tak menyesal menangis. Betul apa yang adik aku cakap, "Kalau kita belajar ada restu mama ngan ayah, lagi senang kita belajar." Well sister, you proved it to me. You are more mature than me. Thanks mama ngan ayah yang supportive.

Haihh.. teremosi pulak. Well, aku nak rehatkan mata jap. Sebab dah menangis time tulis benda ni. Malu sebenarnya nak publish. Tapi, aku nak korang ambik moral of the story daripada pengalaman aku. Study tanpa restu mak ayah takkan ke mana. Allah sentiasa ada untuk kau. Try before quitting.

Itu saja. Ada sambungannya lagi nanti. See ya!

Wednesday, August 14, 2013

Raya 2013

Dari kiri: Amirul, Darleen, aku and Danial


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dah masuk raya 2013 dah. Lama tak update blog ni. Sorry sebab tak citer camne pengalaman puasa aku tahun ni. Itupun kalau korang nak tau lah. Raya tahun ni bagi aku tak berapa meriah sangat kalau nak dibandingkan dengan tahun2 lepas. Contoh cam tahun lepas, agak ramai gak lah yang datang berkunjung ke rumah opah ngan atuk aku. Ade gak kitorang satu family gi jalan2 rumah terbuka sedare2 aku. Memang best tahun lepas punya raya.

Maybe tahun ni raya awal sangat kot. Aku pun tak sangka cepat sangat masa berlalu. Tau2 je dah raya. Tak puas rasenye berpuase tahun ni. Haha. Emm.. Tapi tahun ni aku banyak berehat. Kira okeylah tu. Takdelah penat sangat. Memang best dapat balik kampung. Sebab dapat spend masa ngan family.

So, bila ade ngan family, tau-tau jelah apa yang diorang akan tanye. Contohnya, buat apa sekarang, belajar ke kerja, baru lepas pekse ke, stpm dpt berapa (tu pun kalau orang tau pasal stpm ni). And aku pun jawab, aku FREELOADER. Senang. Lantaklah deme nak cakap ape pon. Pasal ape aku tak kisah? Dah nama pun family. Mestilah nak tau perkembangan kan... Nanti boleh dijadikan topik cerita. Typical.. Kalau ade yang family suka menyibuk hal orang dan suka mengata, habis semua dikoreknya. Belajar kat mane, pakai baju camne raya ni, dekorasi rumah camne dan macam2 lagi.

Actually, perkara macam ni dah biasa dalam kalangan orang kita. Terlalu memandang pada harta dan sebagainya. Sorrylah kalau aku cakap camni. Tapi ini adalah umum. Kalau korang rasa apa yang aku cakap ni salah, aku minta maaf awal2 lah ye. Raya2 ni kan..

Em.. Panjang pulak entri kali ni. Aku rasa dah takde ape kot nak diceritakan lagi. Kalau ade, nanti aku update. Jap lagi ke, esok ke atau bila2 lah.

Sampai sini je entri aku. Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.


Saturday, March 9, 2013

The NomeyNomey

Nomey




Okey. Dah takde idea nak buat entri ape so aku masukkan jelah entri pasal kucing aku yang 'tersayang'.
Namanya Nomey. Nomey ni kuat makan dan sangat hiper bila dia jadi gila. Muka takdelah comel sangat tapi keletah. Eh? Yeke?
Dia sangat sukakan parents aku especially my dad. Ayah aku gi mana2 (dalam rumah) nanti dia ikut. Manja2. Main2. Dengan aku taknak pulak. Kucing pertama yang menolak kasih sayang aku. Sedih tau.
Nomey ni 'anak' si Darleen. Tapi tak rapat pungg. Sama cam aku gak. Tapi Nomey ni spesies yang pandai jaga diri. Contohnya, dia tak bunting sebarangan. Tak pernah bunting pun sebenarnya. Kucing jantan nak dekat skit pun takut sebab garang and sombong. Hahaha.
Bila nak makan Nomey mesti mengeliat. Streching dulu. Ayah aku suruh kitorang ikut cam Nomey (streching). Ceh! Ade pulak ikut kucing. Tapi, buat jelah. Dah benda elok. Elok ke?
So, nilah dia serba sedikit cerita pasal ahli keluarga baru kitorang.

*Nomey*
Eh! The End. Silap lak.

Saturday, April 28, 2012

JPAM & KAPA SMK PANDAN MEWAH

















JPAM/KAPA SMK Pandan Mewah telah berjaya menjadi JOHAN untuk peringkat... err... sekolah kot. Hahaha. Bestnya! Kejayaan yang tak disangka-sangka oleh aku dan kawan2. Sebabnya? Sebab kitorang cuma berlatih untuk statik dan dinamik sahaja. Formasi kitorang cuma sempat berlatih berape hari je. Itu membuktikan yang kita ni BOLEH! Aku sangat2 terharu time kita menang tu kawan2. And untuk sape yang bagi sokongan kat kitorang, aku ucapkan trimas banyak2.

Untuk yang sesape yang ajar aku berkawad walaupun aku pada mulanya tak reti langsung, terima kasih kat korang especially Andy, Syamil, Haikal, Fitriyah, Ainaa, Farisha, Hani and Faizah. yang lain2 aku tak sebut nama tu, aku nak ucap thanks sebab bagi aku sokongan and wat lawak time kita tengah tention2. Kenangan manis untuk tahun ni :)

Kepada yang sokong aku dari belakang, Zati, Nisa, Aen, Auz, Memin, Hanif, Shida, Zarina and kengkawan kelas yang lain, thanks :) Nanti lagi 2 tahun aku belanja korang semua ek. Hehe. Ouh ya. Abang JPAM pun.. thanks laa ye..
(Ni teks ucapan aku)

Haha. Macam menang Anugerah Bintang Popular pulak. Siap ngan teks ucapan segala. Btw, aku bersyukur sebab kitorang menang walaupun ade yang jeles. Haha. Faham2 je laa. Bagi aku, it doesn't matter sebab aku anggap diorang cuma tak matang lagi. Takpe laa. Kawan2, ingat! Jangan cari gaduh ngan budak kecik. Nanti kita kena lagi. Susah pulak nanti.

Aku rasa setakat tu je laa aku nak tulis. Oke laa. Tata.



KEMENANGAN <3