Salam, geng. Aku post ni tahun Januari 2026. After 2 years time skip dekat blog ni, macam-macam benda dah berlaku. Hahaha. So, aku dah tahun kedua dalam 30 sen series. So far, life is great. Memang tak semuanya manis-manis belaka. Tapi, yang tak manis tulah yang mengajar aku jadi lebih matang. Memang kadang-kadang aku pun rasa aku a bit childish tapi tulah manusia. Aku tak sempurna. Ecewahh.
Between tahun 2023 sampai 2025, aku dah tukar pekerjaan. Ya, masih lagi dalam sektor yang sama. Tapi bidang dah ke laut. Hahaha. Tapi takpe. Bagi aku, cari je rezeki kat mana-mana asalkan halal. Tak glamour pun takpe. Tahun 2026 ni aku nak tenang-tenang je. Salah satu wishlist aku adalah aku nak pergi travel ke luar negara. Kalau dapat rezeki pergi travel tahun ni, kau memang mantap, Ten! Kalau boleh, aku nak pergi umrah juga tahun 2026 ni. Mana tahu, rezeki tiba-tiba kan?
Posting kali ni aku nak recap moment yang aku rasa best moment of the year from 2023 to 2025. By the way, phone yang aku pakai dari tahun 2021 sampai September 2025 dah mati. Maybe kena air laut kot. Dah berkarat kat dalam tu, so that's why. Habis dah data-data dalam tu. Okay, jom kita start.
Tahun 2023:

Okay, so kat atas ni family belah mak aku. Ramai jugak sebab sepupu aku ramai. Time ni semua balik Perak. Tema Raya tahun 2023: Hitam (My favorite color!) Pakai hitam time panas-panas, kau taulah bahang dia macam mana kan. Tapi raya is raya. Panas tu letak tepi dulu.

Then, raya ke-3 kitorang pi Cameron. Itu adalah first time dan mungkin akan jadi last kitorang naik Cameron waktu raya. Jem nak mampuiii. Nak rasa menyesal dah terlambat kan. So, kitorang enjoy jelah. Dan paling tak boleh blah, aku demam teruk sampai muntah-muntah. Makan sikit, muntah. 3 hari dok Cameron, 3 hari tu jugaklah demam. So, tak boleh nak pergi mana-mana. Family aku masa tu hampir semua kena demam. Semuanya sebab anak fruit aku, si Adam. Haih... geleng kepala gue. Balik Cameron saje singgah kat Sheep Sanctuary. Gambar kat atas ni kawan baru aku, si Alpaka ...ke Ilama? Entah, apa-apa jelah.
Pastu tahun 2023 jugak aku berpeluang jumpa pelawat dari luar negara yang datang ke Malaysia untuk tengok pasal sistem bekalan air luar bandar kita macam mana. Bawak depa ni datang sungai, macam tak pernah tengok sungai hahaha. Esoknya, kitorang bawak depa ni gi melawat kampung orang asli. Meman cantik tempat dia. Dalam gambar ni tak nampak sangat, tapi kalau kau tengok depan-depan... Masha-Allah memang cantik tempat dia. Then sorang ni minta salah seorang penduduk kat situ panjat pokok ambik buah apa aku tak ingat. Happy betul dia dapat buah tu.
Oh ya. Tahun ni aku dapat pergi Comic Fiesta! Tapi mungkin sebab faktor usia, aku dah tak boleh nak berjalan dalam ramai-ramai gitu. Rasa sesak nafas dan nak pitam. Padahal masa aku pergi dulu elok je 😭 Nasib baik adik aku ada. Sudahnya dia yang jaga aku. Thanks, bro! Then, aku terjumpa degan cosplayer yang aku nak tangkap gambar sama-sama. Tapi, aku sempat ambik video je. Tak larat nak kejar sebab nak pitam punya pasal. Dahlah balik naik LRT!! Taknak drive sebab tahu KL jammed hari minggu. Tak larat aku.
Tahun 2024:

Tahun ni aku barai sikit sebab kerja aku dah start kena banyak keluar. Tapi, aku enjoy dengan kerja aku sebab aku berpeluang pergi ke negeri yang aku tak pernah pergi lagi iaitu SARAWAK! Ni first time aku pergi ke Kuching tapi atas urusan kerjalah. Tak dapat nak enjoy sangat. Sebelum ke Kuching, bos aku dah pesan bawak kasut yang seselesa mungkin sebab kita banyak berjalan nanti. Aku pun bawaklah kasut aku yang aku rasa selesa. Nohh... tercabut tapak weii. Nasib baik dah last-last baru tercabut. Tak koserr sis nak pergi kedai beli baru. Takde masa.
Kita kan baru first time jejakkan kaki kat Sarawak kan, aku pun noob gila tak bawak cash bila berjalan tempat orang. So, bila pergi makan kat warung-warung kat sana, tak semua tempat ada QR. Kitonyo cashless. Ah sudah nak gi cari ATM pulak. Nasib baik ada kakak-kakak yang bawak cash so kita ganti balik pakai transfer je hahaha. Pengajaran kat sini, selalulah bawak cash kat dalam purse kau sebab tak semua tempat kita boleh bayar QR ya. Kembangkan sedikit minda tu, Faten 😂 First time jugak aku dapat merasa naik perauk (perahu) merentas Sungai Sarawak. Baru aku tahu, perkhidmatan ni dah ada sejak zaman Brooke dan merupakan pengangkutan penting bagi penduduk tempatan ketika itu. Uuu... tapi lepas ada Jambatan Darul Hana, ramai yang jalan kaki je pergi seberang. Tapi aku nak naik jugak perauk tu. Bila lagi nak merasa kan? Aku mesej adik aku tak nampak pulak Bujang Senang kat sungai ni. Dia reply 😒 je.
Raya tahun 2024, opah aku meninggalkan kami semua. Opah meninggal masa hari raya pertama. Opah meninggal sebab dia ada kanser usus kalau tak silap. Memang tiap-tiap kali aku balik kampung, opah nampak kurus sangat. Opah asyik tidur je sebab yelah dah tak larat kan. Rasa macam tak percaya je opah dah tak ada. Selalunya opah akan riuh sekampung kalau hari raya. Clique opah akan datang berkunjung ke rumah dan sembang-sembang sesama diorang. Raya tahun tu memang rasa berbeza betul. Atuk asyik nangis je. First time aku tengok atuk menangis macam tu sebab selalunya dia nonchalant je. So raya tahun tu tak best. Sunyi. Hambar. Aku rindu opah.
Hidup perlu diteruskan. Gambar ni sweet sebab orang-orang kat dalam ni ramai yang dah bertukar keluar ke tempat lain termasuklah aku. Kerja dengan unit yang aku bekerja ni memang best. Bos sporting, ramai tak kedekut ilmu, aku boleh belajar banyak benda. Tapi, masih lagi aku rasa tak cukup lagi menimba ilmu kat sini. Sebab lagi banyak aku tahu, lagi banyak yang aku tak tahu sebenarnya. So, tabik hormat kepada yang dah lama berkhidmat. Semoga kalian akan lebih maju dengan jayanya.
Tahun ni pun first time aku pergi Pulau Perhentian. Tapi dengan adik aku jelah. Memang cantik view dia. Air laut biru dengan jernih. Kitorang pergi snorkeling. Disebabkan aku tak pandai berenang dan cepat panik, aku duduk jelah dalam bot tu. Adik aku je yang gi snorkeling tengok penyu, baby shark, menyelam. Aku? Hmmm.... Tengok pemandangan jelah. Pastu sampai kat pantai, kitorang bermandi-manda. Kitorang pergi untuk satu hari je tau. Bayangkan pagi gerak ke pulau, balik pukul 6 tu sampai kat jeti. Pastu naik bas sampai ke Shah Alam! Sampai rumah pukul 5 pagi. Dengan keropok ikannya dalam plastik besar dah macam orang nak pergi menjual. Lepas tu, kulit aku sunburn. Nampaklah tan tu hahahaha. Seronok sangat kan.

Tragedi tahun 2024 yang aku tak boleh lupa. Anak buah aku, Aisyah, accident dekat escalator. Kaki dia masuk kat escalator mat!! Kau boleh bayang tak betapa paniknya kiotrang kat situ. Aku dah macam histeria menjerit-jerit suruh guard stopkan escalator. Yang guard tu pun panik tapi blur nak buat apa. Nasib baik ada seorang lelaki ni dia tekan button stop tu. Aku dah seluk kat escalator tu nak tarik kaki anak buah aku sambil-sambil rasa ada lagi ke tak kakinya. Fuh... nasib baik ada lagi. Tapi tak habis kat situ. Kaki dia stuck tak boleh keluar. Mak dia awal dah panggil bomba. Memang berkerumun orang-orang kat situ tengok dah macam buat persembahan you know?? Nasib baik tak viral. Or is it? Anyway, Aisyah hospitalized nak dekat sebulan. Tulang kaki dia patah sikit. Yang teruk kulit dia habis koyak. Dia sorang je budak 2 tahun kat wad ortopedik tu. Dengan dia suka bercakap, keletah dia, hingaq dengan suara dia je kat bilik wad tu. Tapi lepas kejadian tu, kitorang yang terlibat memang trauma nak pergi mall tu dan takut nak naik escalator. Jadi, untuk pengajaran semua dan aku jugak, jangan pakai kasut getah kalau pergi mall atau naik escalator. Kalau kena pakai juga, hati-hati jangan ketepi sangat. Berdiri kat tengah-tengah escalator dan fokus.
Tahun ni jugak aku attend dinner bertema. Tema Bollywood okayy! Tak pernah-pernah aku terbayang aku akan pakai lehenga seumur hidup aku. Memang best dinner tu tapi aku agak penat sebab kitorang adalah team tuan rumah. Jadi, persiapan majlis apa semua tu dekat kitorang. Sebelum dinner, team kami pergi cari lehenga untuk disewa. Kebanyakan saiz aku tak muat sebab pinggang kain tu lebar. Kena letak banyak pin. Berat rupanya lehenga ni ya. Sakit pinggang aku. Mungkin aku yang salah pakai kot. Tapi aku memang salute dekat Indians atau anyone yang boleh pakai lehenga seharian. Korang memang kuat. So haritu aku perasan macam princess sekejap 😝
Tahun ni juga aku dapat kerja lain. So, aku kena unlearn, learn and relearn balik semua benda-benda baru dekat tempat baru. Hari last aku, kitorang pergi makan-makan jap dekat Sabak Bernam. Jauh kan? Hahaha. Tapi for the last time bersama dengan pegawai-pegawai yang dah banyak tunjuk ajar dekat aku. Ilmu diorang bukan biasa-biasa tau. Apa je soalan dari anak-anak buah, dari bos, diorang dapat jawab dengan betul dan tenang. Bagi aku, itu kira power jugaklah. Actually, banyak je lagi yang aku nampak diorang ni power, ytjt.
Tahun 2025:
Tahun ni aku dah start kerja kat tempat lain dah. Mula-mula memang terkejut habis sebab lain environment. Aku belajar benda-benda baru. Tak boleh nak tangkap cepat sangat kali ni sebab terlalu banyak nak hadam. Tapi, knowing me, aku harung je. Buat try and error. Lama-lama akan faham. Tu cara akulah. Memang bahaya, tapi kena tahulah risikonya dulu. Gambar kat atas ni time raya 2025. Raya kali ni rasa tak best sebab sunyi sangat. Sunyi sebab suara opah yang selalu hingaq kat dapur dah tak ada. Lain suasana berbanding dengan tahun-tahun sebelum ni. Tapi atuk ada lagi. Kitorang raya je dengan atuk, pergi rumah saudara mara, makan-makan, pergi berjalan, tangkap-tangkap gambar dan sebagainyalah.
You know what? An airplane taking off never fails to amaze me. Time ni kitorang pergi Langkawi lagi. Dah jadi tempat favorite untuk self healing. Kejap-kejap pergi Langkawi. Time aku tulis ni, adik aku ajak aku pi Langkawi lagi. Self healing lagi katanya 😂😂 Masa kitorang pergi lepak kat Datai kan, kitorang tengah tangkap-tangkap gambar. Pastu ada mat saleh ni offer nak tangkapkan gambar kitorang sebab nampaklah kitorang struggle kat situ. Lepas tangkap gambar, mat saleh ni tanya kitorang kenapa pakai tudung? Kan lebih bagus kalau buka je tudung tu. Adik aku masa ni dah masam dah muka dia. Aku senyum je pastu aku balas, agama kami menyuruh kami yang wanita untuk tutup kepala. Pastu dia geleng-geleng kepala dan kata dia tak suka. Aku senyum pastu cakap terima kasih pastu blah. Dalam hati dah panas dah. Kalau orang tu dah kata tak suka, kita tak perlu nak terangkan lebih-lebih. Dia tak nak dengar pun.
Lepas opah aku pergi. Atuk aku (belah ayah) pula yang pergi meninggalkan kami semua. Aku rasa macam tak percaya pun ada. Kenapa ramai sangat orang yang meninggal lately ni? Aku sedih juga sebab dulu aku memang rapat dengan atuk. Dah lama tak jumpa atuk, tau-tau je dah takde. Atuk meninggal sebab Hipoglisemia. Dia pergi pun dengan mudah. Alhamdulillah, segala urusan pengebumian atuk pun senang, cuaca pun cantik je. Ramai yang datang solatkan atuk. Ramai yang sayangkan atuk. Selamat tinggal, opah. Selamat tinggal, atuk. Semoga roh atuk dan opah dicucuri rahmat. Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka.
Tahun 2025 banyak yang aku belajar. Aku kutip dari pengalaman, kesilapan dan lepas tu aku baiki diri sendiri. Sebenarnya, banyak lagi benda yang aku tak tahu. Insya Allah, untuk tahun ni (2026) dan tahun-tahun yang akan mendatang, aku akan cuba jadi diri aku dalam versi yang lebih baik. Aku harap tahun 2026 ni, Allah permudahkan rezeki aku, urusan aku dan diberi kesihatan yang baik. Untuk korang dan juga aku, stay young, healthy, happy and gorgeous everyone! Happy New Year 2026!!
-Tamat post-









0 comments:
Post a Comment